Laman Utama

Monday, June 22, 2009


MEGA CONSULT & SERVICES merupakan sebuah firma perunding yang menawarkan kepakaran dalam bidang Latihan dan MOTIVASI, Kursus, Perundingan, Kaunseling Perniagaan dan lain-lain Khidmat Nasihat serta kepakaran yang diperlukan oleh ahli-ahli perniagaan khususnya para Usahawan Bumiputera di negara ini.
Syarikat ini dikendalikan oleh tenaga profesionalis yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawanan terutama dalam Khidmat Nasihat, Motivasi Keusahawanan, Kursus-Kursus Pengurusan Perniagaan ( Kewangan, Pemasaran, Pengeluaran dan pentadbiran serta Pengurusan ), juga termasuk dalam bidang Pengendalian Seminar dan Bengkel,Pengurusan Sumber Manusia, Keusahawanan Islam, Pembinaan Pasukan ( team building ), Penyediaan Kertas Kerja Projek/Rancangan Perniagaan serta Pembangunan Laman Web dan Sistem Pengurusan Perniagaan
Syarikat ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Mac 2000 dan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelanggan yang terdiri dari Agensi-Agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma Swasta, Syarikat Persendirian dan Persatuan-Persatuan. Sepanjang tempoh operasi MCS telah mengendalikan lebih daripada 1000 program kursus keusahawanan, seminar dan bengkel.
Selain daripada menawarkan kepakaran dalam bidang latihan dan khidmat nasihat perniagaan, juga menawarkan perkhidmatan dan kepakaran dalam Penyediaan Akaun dan Laporan Kewangan dengan menggunakan Sistem Perakaunan Berkomputer . Sistem perakaunan komputer pada masa kini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para Usahawan kerana ianya amat mudah digunakan.
Disamping perkhidmatan di atas, MEGA Consult juga menjadi pembekal dalam bidang stationariaes, Mesin & Kelengkapan pejabat dan kilang, alat bantuan mengajar serta menjalankan kerja-kerja senggaraan dan pihak Syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Sekian, dengan Motto " Menjana Kecemerlangan Usahawan " , syarikat bersedia menerima apa-apa pandangan dari mana-mana pihak demi kejayaan bersama.

MOHAMMAD KASSIM BIN BAHARI, P.K.C
Pengurus Eksekutif
READ MORE - Laman Utama